"nak tahu tak?"
"amende?"
"impian I sebelum habis tahun 2013"
"amende?"
"nak cubit your mole."
"what the...... "
Lekas lekas tutup mulut.
Dan suara gelak setan berkumandang.
Tepuk dahi.
Macam ni punya impian pon ada ke?
"nak tahu tak?"
"amende?"
"impian I sebelum habis tahun 2013"
"amende?"
"nak cubit your mole."
"what the...... "
Lekas lekas tutup mulut.
Dan suara gelak setan berkumandang.
Tepuk dahi.
Macam ni punya impian pon ada ke?
Abah main main rambut aku.
"Panjangnya rambut kakak"
"Memang pun"
"Kena potong ni"
"I sayang duit nak potong rambut. Nanti mesti gatal nak buat treatment sekali"
"Meh abah potong"
"Tamau! " geleng kepala sesungguh hati
"6 inci ni nak kena potong" dia genggam rambut dan letak takat mana rambut aku akan tinggal lepas kena potong.
"Gila ape. Bapak banyak."
Aku terus blah dari dia.
Nak potong seinci pon kemain aku berkira dengan stylist tu. Nak suruh potong enam inci? Memang tak laaaa.
Told you.
Good thing is bound to happen in September.
Mula-mula, birthday abah.
Pastu convoy+road trip dengan kuantan family pergi KL. Tiga biji kereta tau tak. Gara-gara nak tengok Yuna ngan pergi Matta Fair punya pasal. Dah la plan pukul 9 gerak, pukul 11 baru masuk kete. Hanif kat KL siap boleh ronda KLCC belikan kitorang coklat. Habis tengok Yuna-yang-super-ohsem-cantik-gila-babeng, lepak Publika. tempat biasa kalau datang KL, wajib datang sini nak pekena lasagna. Tapi sedih, sebab malam tu tade lasagna. Sobs. Tapi, tapi, rupa-rupanya, budak budak ni bergabung dengan Elly ngan Paan buat surprise birthday aku. Wuwuwuwuwuwu. Seminggu awal tu. Memang betul surprise aa citer dia. Dapat red velvet whisk yang sedap sanngattttttt. Okay leleh ayaq liuq cheq dok terbayang kek memalam buta nih.
Bila balik kuantan, semorang da lembik. Besok masuk kerja, sekor sekor lemau. Seminggu pulun, buat kerja kaw kaw. Tiap petang kena paksa pergi jogging sebab ade marathon on 22 Sept. KENA PAKSA DIRI lari pusing satu tasik. Plus, rutin hujung minggu panjat bukit da kene kacau dok pi KL. Kalau minggu lepas pi KL sebab Yuna, minggu kedua pi kenduri kahwen pulak! Aku ni, kalau pergi KL, memang objektif perjalanan sepanjang di KL tu, MAKAN. Segala ape yang tade kat Kuantan, wajib dilunaskan semasa di KL. Balik Kuantan pon lambat sebab pergi singgah beli makanan. Senonoh sangat perangai kau ni perempuan.
Masa minggu kedua ni jugak aa, Izzat na fly UK dah. Izzat sebagai satu satu manusia dalam gengkuantan yang ada kat Kuantan, yang teman aku kat sini, bila dia na fly, terasa kosong wey hati ni. sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Dan demi memujuk hati yang lara, harus lah pegi dinner together-gether. MAKAN lagi. Esok tu, Izzat jemput MAKAN dekat rumah dia pulak.
Lepas tu, minggu ketiga, marathon bersama lelaki lelaki perkasa. Citer dia, wajib la aku kene tinggal kan. So, aku pon ikot belakang bontot amoi paling mantap sekali. Orang kata, semangat nak berlari tu kena ada. Haha. Lepas berlari 10km, balik rumah, siap siap pergi kenduri kahwin. KENDURI = MAKAN. Sia-sia kan lari jauh jauh lepas tu pi makan. ta cukup makan kat kenduri, pi sambung makan dessert dekat Kula Cakes. First dessert house in Kuantan I think. Cool and cozy place to chill out sambil gemukkan badan.
Minggu terakhir bulan September, pon ade kenduri kawen jugak lagi. Plus with, adik kesayangan balik dari Tangkak. Haruslah aku menunaikan perut monster sang Adik yang teringin na makan itu ini. Dia cuti 5 hari. 5 hari aku ikot perut dia nak makan ape. Bahagia betul tengok perut memboyot sampai pakai dress serupa orang mengandung perut ni haaa. Buruk benor ghupenya.
Habis cerita bulan Sembilan aku.
Konklusinya di sini, kita dapat lihat, makanan itu sahaja cukup untuk membahagiakan aku. Ptuih. Senang betul nak buat aku bahagia sebenarnya.
Things doesn't go well as planned.
Maka,
Ikot rentak ongtue. Sebab, da ta larat na dengar diorang membebel..
Doa aku, asal environment tempat kerja aku, bahagia. Aku happy na pergi kerja. Aku seronok na buat kerja.
Tayah tanya ah kerja aku amende sebab ni kerja ganti akak aku tu na terberanak. Hope she can rest more, and found her inner peace. Amin.
Mama kejut bangun pagi, bagi tahu pakcik sebelah abah, nazak.
Paham tak perasaan bangun pagi dengan berita tak seronok macam ni macam mana?
Da la lagi berapa hari nak raya.
Aku ada perangai suka bayangkan kalau bila orang nak 'pergi' ni, aku letak kat tempat anak dia. Ya Rabbi. Selalunya memang tak pernah habis sesi berangan tu. Seriau. Aku boleh dongak langit cakap, "tape. Member tade, tape", tapi bukan dengan mak apak. Tak kira la berapa banyak aku selalu argue dengan abah, sayang wey. Kalau na berangan cemana hidup kalau mama tade lagi tak sanggup. Tak boleh langsung.
Pernah mimpi, both of them dah tade. Aku ingat aku bangun berdiri depan bilik mama, lama. Teragak agak. Kalau masuk, diorang tade, cane? Tapi aku masuk jugak. Ada. Tapi, was was. Slow slow menapak masuk, tangan masuk bawah selimut sampai pegang kaki mama. Okay, confirm ada. Sumpah masa tu berdebar debar macam tengok cite hantu. Lepas tu masuk bilik sendiri, bungkus selimut, nangis macam onggile. Insaf sekejap. Tapi esok malas semacam gak lagi nak jadi anak solehah. Ahaha.
Aku harap tidur aku bukan dengan mimpi mengarut malam ni. Amin.
“Syukur, dia datang lagi.
Look how well we grow up,
After all these years, dolak dalih, drama antara kita antara bulan bulan biasa.
This is what gonna be next,
we will be better.
Not bitter.
Sama-sama kita baikkan amalan weh.
Do you feel like what i feel?
Bernafas dlm bulan mulia, ruginyaa kalau kita tak buat apa-apa.
Ramadhan kareem. :)”
- mnorfitri, 2013
sebab aku macam crush dengan penulisan dia. dan mende ni macam suarakan hati aku. ecewah.
Lima tahun, ta pernah lengkap sangat pon tarawih bila masuk bulan puasa ni. Alasan belajar. Muahahaha. Malas na berjalan pegi masjid padahal masjid sekentut je pon kalau da dalam matriks atau uniten tu. Tapi. Malas.
Harini. Da habis belajar. Tengah bercuti kononnya sebab tade rezeki lagi masuk na jadi orang bekerjaya. Tapi, kita amek yang baik baik la kan. Kot sebab ni dapat kejar tarawih hari pertama. Kot bulan ni dapat buat full dapat kejar target.
Satu je aku mintak, apak diam pasal kerja. Semak. Dia cam da boring menatap muka anakanda dia kat rumah ni haa. Huahua.
umumnya, da habis belajar januari haritu. lepas tu terkial kial duduk rumah bilang bintang. bangun pagi lepas dok dengar mama membebel kat budak sekolah soh mandi la pakai baju la makan la cepat la ape semua, layan korea. breakfast. mandi. beli ikan. masak. amek adik. lunch. korea. amek adik. makan. senam senam sikit. mandi. dinner. korea. tidur. seminggu sekali dapat sumber internet, bukak jobstreet, apply kerja. kadang kadang kene interview ngan bapak sendiri.
cukup dua bulan, apak pon bising ya rabbi. suruh kerja tapinya risau nanti hujung bulan lima ta dapat cuti panjang. haila. ta bekerja bising. tetibe kene campak kerja dekat company ni. kita na lari dari company apak sendiri, tapi campak yang kaitan kaitan jugak. haila.
maka, harini mula kerja. kerja serupa macam intern dulu. rilex rilex je. yang buat lainnya, dekat butik. sambil belajar jahit, sambil kenal jenis kain. sambil sambilan.
working hour lamaaaaaaa. 9 pagi 6 petang/9 malam. tadi makan laksa je alas perut. semua stok diet ta makan nasi. aku pon jadi, emm. bantut lapar aku. balik kerja, terus ajak bonda cari makan. tapi sekarang jam sepuluh, still rasa na lapar. perut da biasa penuh, tetibe kene dera ni, lain macam kebulur dia.
besok shift panjang sampai malam. doa la mampu bertahan. badan da biasa manja ni, memang mintak kene penampor je. lenguh semacam.
amboi, da masuk tahun baru pon dok YES lagi.
tapi Sale kot!
lowest price ever.
website : http://www.cheesycloth.com
facebook : http://www.facebook.com/cheesycloth
twitter : @cheesyMY
instagram : @cheesycloth
cuz i dont feel exam-depressed-mood at all.
mungkin sebab tade kawan sebaya yang sama sama depress woi-esok-na-exam-da-ta-habis-cover-chapter-lagi-ni. i am all alone. baca tweet friend yang bebudak uitm je tengah sesama depress na exam. tapi serius ta se-stress as usual. ta kalut na kejar masa, ta kalut na kejar study, ta kalut na kejar semua semua. padahal lagi 3 hari na exam ni. the very last paper insyaAllah.
even dekat uniten itself, mood tu, kalau hampa tengok, ta serupa orang na exam. selalu rumah akan ada yang turun naek pitch voice tau. tetibe dengar orang jerit. tetibe dengar orang gelak ta terkawal. tetibe dengar orang nyanyi. everyone not in their normal state bila masuk exam week. trust me. tapi ni, kemain aman damai la view dia, dengan hujan lagi, serupa macam pegi holiday lepak rumah makan ubi rebus cicah kelapa gula sambil tengok korea. rilek na mampus.
haih.
cerita dia,
aku cuak kalau kene repeat paper, kene repeat sem. kene ape ape la yang buat tersangkut lagi kat sini. da ta sanggup. na mende baru. na environment baru. na buat bende baru.
okay, baru rasa debor na mampos.