April 8, 2013

Monday Blues turned to Yellow

Hiks. Seronok ni. Semalam jumpe #gengkuantan. tapi tu nanti kita update lain. Sebab arini bukak Maybank2u.com nampak blogshop sendiri dekat page diorang. Excited nok. 

well, sebenarnya Cheesy dapat offer untuk try system diorang untuk Maybank2u Pay, which is help our customer which is YOUUUUUU, senang untuk online shopping. Oh. Sistem ni untuk pengguna Maybank2u sahaja. 



So, kalau bukak website Cheesy nanti, boleh nampak Maybank2u Pay System kat dalam page tu. :) 


Bila korang na buat payment untuk Cheesy, instead of log in at Maybank2u.com, just directly go to our website, click Maybank2u Pay icon, akan ada pop up macam korang buat payment online untuk GSC tu kan, lepas tu masuk je username and password, korang akan nampak page tu direct ke transaction with our account number. Just key in your amount and send!

senang kan kan kan.

hikhik. Excited. Even gua sendiri try buat transaction nak tengok cemana flow dia.

By the way, Cheesy has been updated with new arrivals and are taking pre orders for infinity, peace, anchor and ribbon bracelet. Do visit our page for more information.

Website : http://www.cheesycloth.com
Facebook : http://www.facebook.com/cheesycloth
Instagram & Twitter : @cheesycloth





April 5, 2013

petik kata fynn jamal


" kadang2 orang tak faham gunanya tarikh di setiap entri blog atau status.
maka aku hendak terangkan.

tarikh adalah batu tanda kejadian.
tentang bila.
mengenai ketika yang khas itu.
terjadi di spesifiknya waktu.

begitu tidak adil dan kejam andai sesuatu yang ditulis pada suatu tarikh digunapakai di tarikh yang lain. boleh jatuh fitnah. boleh porak-peranda. boleh membakar amarah.

anita dua tahun lepas menulis tentang bahagianya dia berdangdut dengan musa.
semalam--
dia menulis tentang syurga itu terlalu cantik warnanya.
kenapa dipersoal siapa anita yang dulu?
kenapa tidak dinampak semenjak ramadhan tadi dia begitu gigih mencari diri yang baru?

azri tujuh tahun lepas menulis dengan maki tentang bencinya pada perempuan dan betapa takkan mungkin dia menghormati wanita lalu menikahinya. 
tadi--
dia bercerita tentang gigi pertama anaknya yang sudah mahu rompong kerana gula2.
kenapa dipertanya siapa azri yang dulu?
kenapa tidak dipandang bagaimana dimuliakan isterinya ke tahap pelangi di langit biru?

cepat.
atau lambat.
itu sahaja.

perubahan kita manusia--
ada.
cuma cepat--
atau lambat.

kita semua bukan kita 5 tahun dulu.
kita semua bukan kita 3 bulan lalu.
kita semua bukan kita 4 saat tadi.
kerana kita manusia--
dan kita percaya pada memperbetul diri.

jangan hukumkan seseorang hari ini demi tulisannya sebelas ribu tahun yang lalu. 
bagaimana bernanah dia, sekurangnya dia sedang bertatih kini.
bagaimana pujuk dia agar diterima tuhan, itu antara dia dengan rabbi.

janganlah pula tudingkan seseorang hari ini demi dirinya atas apa yang kau tafsir pada mata kamu.
bagaimana berulat dia, sekurangnya dibangkit semula esok pagi.
bagaimana busuk dia, mungkin dia yang mendapat sempat berbanding kita sendiri.

sibuk2 busuk orang,
mulut sendiri lupa diperiksa.
sibuk2 ketiak orang,
badan sendiri lupa dijaga.

kita semua pendosa.
mungkin masanya berbeza2.
mungkin dosanya tidak pun sama.
tetap--
tak ada kalangan kita yang sempurna.

syurga itu terlalu luas untuk kau lokekkan.
apa seronok merasa nikmat tanpa ada siapa2 untuk kau kongsikan?
apa bahagia menggomol keindahan tanpa ada siapa2 untuk kau sama2kan?

berhentilah menjadi tuhan.
kalau tak mau dibantu tatihnya--
jangan dipengkes kaki mereka.

biarkan. 

kenangkan--
andai rasulullah memandang masa lalu--
tak mungkin umar menjadi al khattab.

umar.
yang ketika kafirnya menanam hidup2 anak perempuannya.
yang suatu masa dahulunya bersekongkol ketat dgn abu jahal yang gila.

umar.

*hela nafas*
haih...

aku adalah antara yang tidak percaya pada memadam entri2 lalu.
aku dengan waras mau membiarkannya terjelas.
bagi aku--
masa lepas layaknya dibiar di masa lepas.

aku perlu biarkan demi suatu masa dibaca setiapnya satu persatu.
agar aku SENDIRI melihat betapa jauh perjalanan aku mencari tuhannya.
sehari seinci--
jadilah, dari tak ada.

mana tau,
satu hari nanti,
ada yang berkata:
"kalau perempuan seburuk INI mampu kembali pada tuhannya--
apa lagi aku".

aku percaya,
cahaya tetap sudi menjamah aku. "

March 7, 2013

after school

umumnya, da habis belajar januari haritu. lepas tu terkial kial duduk rumah bilang bintang. bangun pagi lepas dok dengar mama membebel kat budak sekolah soh mandi la pakai baju la makan la cepat la ape semua, layan korea. breakfast. mandi. beli ikan. masak. amek adik. lunch. korea. amek adik. makan. senam senam sikit. mandi. dinner. korea. tidur. seminggu sekali dapat sumber internet, bukak jobstreet, apply kerja. kadang kadang kene interview ngan bapak sendiri.

cukup dua bulan, apak pon bising ya rabbi. suruh kerja tapinya risau nanti hujung bulan lima ta dapat cuti panjang. haila. ta bekerja bising. tetibe kene campak kerja dekat company ni. kita na lari dari company apak sendiri, tapi campak yang kaitan kaitan jugak. haila.

maka, harini mula kerja. kerja serupa macam intern dulu. rilex rilex je. yang buat lainnya, dekat butik. sambil belajar jahit, sambil kenal jenis kain. sambil sambilan.

working hour lamaaaaaaa. 9 pagi 6 petang/9 malam. tadi makan laksa je alas perut. semua stok diet ta makan nasi. aku pon jadi, emm. bantut lapar aku. balik kerja, terus ajak bonda cari makan. tapi sekarang  jam sepuluh, still rasa na lapar. perut da biasa penuh, tetibe kene dera ni, lain macam kebulur dia.

besok shift panjang sampai malam. doa la mampu bertahan. badan da biasa manja ni, memang mintak kene penampor je. lenguh semacam.

January 10, 2013

Y.E.S

Photo: YES! This sale is still gping on! Check out #cheesysales to view the items on sale, or just click on 'Sales' tab at our site:

amboi, da masuk tahun baru pon dok YES lagi.
tapi Sale kot!
lowest price ever.

 

website : http://www.cheesycloth.com
facebook : http://www.facebook.com/cheesycloth
twitter : @cheesyMY
instagram : @cheesycloth

January 8, 2013

is it good or is it bad?

 

cuz i dont feel exam-depressed-mood at all.

mungkin sebab tade kawan sebaya yang sama sama depress woi-esok-na-exam-da-ta-habis-cover-chapter-lagi-ni. i am all alone. baca tweet friend yang bebudak uitm je tengah sesama depress na exam. tapi serius ta se-stress as usual. ta kalut na kejar masa, ta kalut na kejar study, ta kalut na kejar semua semua. padahal lagi 3 hari na exam ni. the very last paper insyaAllah.

even dekat uniten itself, mood tu, kalau hampa tengok, ta serupa orang na exam. selalu rumah akan ada yang turun naek pitch voice tau. tetibe dengar orang jerit. tetibe dengar orang gelak ta terkawal. tetibe dengar orang nyanyi. everyone not in their normal state bila masuk exam week. trust me. tapi ni, kemain aman damai la view dia, dengan hujan lagi, serupa macam pegi holiday lepak rumah makan ubi rebus cicah kelapa gula sambil tengok korea. rilek na mampus.

haih.

cerita dia,

aku cuak kalau kene repeat paper, kene repeat sem. kene ape ape la yang buat tersangkut lagi kat sini. da ta sanggup. na mende baru. na environment baru. na buat bende baru.

okay, baru rasa debor na mampos.

December 29, 2012

less than three weeks

to end my student life. weehoooo.

bebetul start new year with new life. tau, real life suck compare to student life, but who caresssssss.

resolution? bersepah untuk tahun depan. macam ta cukup ketas na conteng na buat itu ini, plan itu ini. yang tahun 2012 punya, hmmmm. ade few dapat kejar. hiks. yang lain kita bawak lagi pegi 2013 nanti.

and, i am still standing here at uniten. alone. dengan orang kita ta kenal. dengan classmate entah sape sape. groupmate entah sape sape. well. 2 years tau, groupmate gua kalau ta, muka ira, mesti muka pija ade. so tetibe new people, jadi macam ta percaya orang untuk buat kerja. tapi alhamdulillah, things went well. very well indeed. plus satu subject tade presentation. muahaha.

dan sebenarnya baru tahu, bole je hidup without extra money from ptptn (sem ni ta dapat pt), dengan syarat, JANGAN SHOPPING. serius. sem ni gua tade shopping woi. sila percaya. wearing the same shoes from the first day until the end. same cloth till the end. same bag till the end. surprisingly, beg tu koyak last week. gua ta pernah beg koyak tau. selalu bosan, tukar baru. so sekarang kita ada alasan untuk shopping. haha.

first paper will be on twelve january, last paper will on thirteen january. dua hari. tiga paper. lepas new year, kita masuk gua.

pastu baru perasan, slip pekse ta amek lagi. tehel.

December 20, 2012

hey love,

 

“Let me fill your heart with joy and laughter,
Togetherness, well that's all I'm after,
Whenever you need me, I'll be there”