December 20, 2013

Impian

"nak tahu tak?"
"amende?"
"impian I sebelum habis tahun 2013"
"amende?"
"nak cubit your mole."
"what the...... "

Lekas lekas tutup mulut.
Dan suara gelak setan berkumandang.

Tepuk dahi.
Macam ni punya impian pon ada ke?

December 3, 2013

Papito

Abah main main rambut aku.

"Panjangnya rambut kakak"
"Memang pun"
"Kena potong ni"
"I sayang duit nak potong rambut. Nanti mesti gatal nak buat treatment sekali"
"Meh abah potong"
"Tamau! " geleng kepala sesungguh hati
"6 inci ni nak kena potong" dia genggam rambut dan letak takat mana rambut aku akan tinggal lepas kena potong.
"Gila ape. Bapak banyak."

Aku terus blah dari dia.

Nak potong seinci pon kemain aku berkira dengan stylist tu. Nak suruh potong enam inci? Memang tak laaaa.

October 3, 2013

End of September

Told you.

Good thing is bound to happen in September.

Mula-mula, birthday abah.

Pastu convoy+road trip dengan kuantan family pergi KL. Tiga biji kereta tau tak. Gara-gara nak tengok Yuna ngan pergi Matta Fair punya pasal. Dah la plan pukul 9 gerak, pukul 11 baru masuk kete. Hanif kat KL siap boleh ronda KLCC belikan kitorang coklat. Habis tengok Yuna-yang-super-ohsem-cantik-gila-babeng, lepak Publika. tempat biasa kalau datang KL, wajib datang sini nak pekena lasagna. Tapi sedih, sebab malam tu tade lasagna. Sobs. Tapi, tapi, rupa-rupanya, budak budak ni bergabung dengan Elly ngan Paan buat surprise birthday aku. Wuwuwuwuwuwu. Seminggu awal tu. Memang betul surprise aa citer dia. Dapat red velvet whisk yang sedap sanngattttttt. Okay leleh ayaq liuq cheq dok terbayang kek memalam buta nih.

Bila balik kuantan, semorang da lembik. Besok masuk kerja, sekor sekor lemau. Seminggu pulun, buat kerja kaw kaw. Tiap petang kena paksa pergi jogging sebab ade marathon on 22 Sept. KENA PAKSA DIRI lari pusing satu tasik. Plus, rutin hujung minggu panjat bukit da kene kacau dok pi KL. Kalau minggu lepas pi KL sebab Yuna, minggu kedua pi kenduri kahwen pulak! Aku ni, kalau pergi KL, memang objektif perjalanan sepanjang di KL tu, MAKAN. Segala ape yang tade kat Kuantan, wajib dilunaskan semasa di KL. Balik Kuantan pon lambat sebab pergi singgah beli makanan. Senonoh sangat perangai kau ni perempuan.

Masa minggu kedua ni jugak aa, Izzat na fly UK dah. Izzat sebagai satu satu manusia dalam gengkuantan yang ada kat Kuantan, yang teman aku kat sini, bila dia na fly, terasa kosong wey hati ni. sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Dan demi memujuk hati yang lara, harus lah pegi dinner together-gether. MAKAN lagi. Esok tu, Izzat jemput MAKAN dekat rumah dia pulak.

Lepas tu, minggu ketiga, marathon bersama lelaki lelaki perkasa. Citer dia, wajib la aku kene tinggal kan. So, aku pon ikot belakang bontot amoi paling mantap sekali. Orang kata, semangat nak berlari tu kena ada. Haha. Lepas berlari 10km, balik rumah, siap siap pergi kenduri kahwin. KENDURI = MAKAN. Sia-sia kan lari jauh jauh lepas tu pi makan. ta cukup makan kat kenduri, pi sambung makan dessert dekat Kula Cakes. First dessert house in Kuantan I think. Cool and cozy place to chill out sambil gemukkan badan.

Minggu terakhir bulan September, pon ade kenduri kawen jugak lagi. Plus with, adik kesayangan balik dari Tangkak. Haruslah aku menunaikan perut monster sang Adik yang teringin na makan itu ini. Dia cuti 5 hari. 5 hari aku ikot perut dia nak makan ape. Bahagia betul tengok perut memboyot sampai pakai dress serupa orang mengandung perut ni haaa. Buruk benor ghupenya.

Habis cerita bulan Sembilan aku.

Konklusinya di sini, kita dapat lihat, makanan itu sahaja cukup untuk membahagiakan aku. Ptuih. Senang betul nak buat aku bahagia sebenarnya.

August 30, 2013

Sunset

I could spend all day, just to watch this scenery every single evening in my life.

August 24, 2013

Worklife

Things doesn't go well as planned.

Maka,

Ikot rentak ongtue. Sebab, da ta larat na dengar diorang membebel..

Doa aku, asal environment tempat kerja aku, bahagia. Aku happy na pergi kerja. Aku seronok na buat kerja. 

Tayah tanya ah kerja aku amende sebab ni kerja ganti akak aku tu na terberanak. Hope she can rest more, and found her inner peace. Amin.

August 2, 2013

Ramadhan : Day 25

Mama kejut bangun pagi, bagi tahu pakcik sebelah abah, nazak.

Paham tak perasaan bangun pagi dengan berita tak seronok macam ni macam mana?

Da la lagi berapa hari nak raya.

Aku ada perangai suka bayangkan kalau bila orang nak 'pergi'  ni, aku letak kat tempat anak dia. Ya Rabbi. Selalunya memang tak pernah habis sesi berangan tu. Seriau. Aku boleh dongak langit cakap, "tape. Member tade, tape", tapi bukan dengan mak apak. Tak kira la berapa banyak aku selalu argue dengan abah, sayang wey. Kalau na berangan cemana hidup kalau mama tade lagi tak sanggup. Tak boleh langsung.

Pernah mimpi, both of them dah tade. Aku ingat aku bangun berdiri depan bilik mama, lama. Teragak agak. Kalau masuk, diorang tade, cane? Tapi aku masuk jugak. Ada. Tapi, was was. Slow slow menapak masuk, tangan masuk bawah selimut sampai pegang kaki mama. Okay, confirm ada. Sumpah masa tu berdebar debar macam tengok cite hantu. Lepas tu masuk bilik sendiri, bungkus selimut, nangis macam onggile. Insaf sekejap. Tapi esok malas semacam gak lagi nak jadi anak solehah. Ahaha.

Aku harap tidur aku bukan dengan mimpi mengarut malam ni. Amin.