2 Weeks.
3 Country.
5 State.
This is an overland trip. Flight from KL to Saigon. Bangkok to KL. Everything in between is by bus, minivan or train.
It was unplanned trip. I decided to buy one way ticket because its cheap! Later that I know, I need two weeks to see everything. I put everything aside, pack a bag and GO!
Hasilnya,
I lost everything in between but I gain knowledge on backpacking. Perhaps, a real solo backpack next year?
October 26, 2015
October 21, 2015
Sick
When you fall sick when you are abroad,
haila.
I think it is my limit. Nak jalan pon rasa lemau. Nak cakap dengan orang pon jadi nak marah marah. Evrything does not seem nice and right.
I choose to stay in bed tonight. To be alone and reminescene this past 10days of travelling. 3days to go and I fall sick. Demit.
First time pegi jalan jalan ta saba nak balik. Hmm
October 1, 2015
Umur I berapa eh tahun ni?
He called me last night after several text messages that I have sent to him.
I was about to sleep due to headache when I saw his big face on my phone screen.
So I answered. Tengah borak merepek-repek,
he asked, "Eh umur I berapa tahun ni? 26 ke 27?"
"27. dah kenapa"
"Tahun depan I 28 la? *high pitch*"
"Yes"
"Okay la kita kawen tahun depan. Nanti tahun depan kita pergi kursus kawen."
Hahahahahahhahahahahhaha. It feel so good whenever he initiate this topic tho. Last year it always me who is in lalaland going thru all this wedding tips and shit because all my friend did and I was one of the bridesmaid. I just have too. Dan sesungguhnya perasaan nak kawen jugak tu memang la membuak-buak. But at one point I dont feel like it anymore.
Until he talk about it. Rarely. Which make me sengih tersipu-sipu suka padahal dalam hati da melompat lompat. Kahkah.
If only he knew exactly what's going on here.
Oh dad, please.
September 30, 2015
Korban
Raya korban tahun ni, memang betul-betul bagi makna korban untuk aku. Sebabnya, terpaksa korbankan sesuatu yang aku sayang. Wuwuwu. Tapi bila fikir-fikir balik, aku cuba untuk redha dan lepaskan je. To be honest, the feeling after get rid of it, sangat-sangat lah lega. Lega dia macam lega dah habiskan kontrak di BC.
Back to Raya Korban, I always love Korban compare to Aidilfitri. Food lagi meriah I must say expecially for those who stay in Terengganu and Kelantan I guess? Tatau la korang tapi memang Korban antara yang aku looking forward to. The food memang literally dari pagi sampai malam, lagi-lagi kalau terlibat dalam ibadah korban ni.
Nak dijadikan cerita, tahun ni pulak, raya sampai ke Kubang Kerian. Lepas tu, bukan setakat lembu, unta pon kita sembelih. Yes, UNTA. Hari Raya Pertama makan lembu, Raya Kedua makan unta. Raya Ketiga adalah hari attend segala mak nenek kenduri yang usually people akan buat untuk akikah baby.
Budak-budak, mak budak, segala jenis manusia yang ada bila datang, memang jakun la tengok unta depan depan mata. Kids lagi la excited. Habis semua pakat dok amek gambar. Nasib la unta tu memang features dia senyum sentiasa. Tengok la posing pon tahu tahu je orang dok amek gambar dia.
Gambar kat bawah ni sepanjang penyembelihan berlangsung. Ngeri la sikit. Tapi penah bayangkan kat mana nak potong unta tu sebab leher dia kan panjangggggg.
Siap masuk paper Metro kau. Haha. Semorang tak perasan wartawan tu. Sebab dia pakai track suit dengan tshirt bodo je. Aku perasan sebab dia bawak kamera dengan lense paparazi yang panjang sedepa itu. Tapi aku ta kata lah dia tu reporter. Ingatkan ade budak-budak muda mana semangat nak amek gambar. Lepas dah keluar paper baru recall balik kejadian yang aku nampak ni. Gambar budak gelak tu sangat candid dan cantik. Sebab budak-budak tu dok excited unta tu datang kat diorang masa diorang dok hulur rumput-rumput.
So menu sepanjang korban ni, Daging masak merah, daging goreng, sup tulang, sup gearbox, singgang tulang, hati goreng, daging bakar. Yes it is applied for both unta dan lembu. Now imagine my braces with all the meat in between. Haha.
September 29, 2015
Travelogue: Chatucak Market & Siam Paragon & Siam City, Bangkok (Part 3)
Sambungan dari SINI
Kalau nak pergi Chatucak Market, harus lah pergi pada hari minggu dan pagi pagi. Pasar di buka seawal 7 pagi. Tapi kitorang sampai pukul 9, still ta banyak kedai yang bukak. Hampa betui. Orang pon tade lah ramai mana lagi masa ni.
Oh, kitorang amek teksi dari hotel. Boleh naik train, tapi kitorg pilih teksi sebab naik 4 orang. Bila bahagi 4, harga lebih kurang sama macam naik train. Total teksi lebih kurang RM10. Perjalanan mengambil masa 30 minit.
Chatucak ni. Besar ya amat. pepandai la korang tengok lorong by lorong. Disebabkan kitorang pergi kedai tak banyak bukak lagi, terselamat la poket sikit. Kat sini kau boleh cari, baju loose cotton, beg pack kain, barang local yang cantik-cantik menarik tertarik kau memang da bomb, bunga plastik, barang hiasan rumah, fairy lights, dreamcatcher, shoes, shade, eh banyak lah. Sumpah banyak. Sebab aku beli bag pack kat sini untuk isi barang shopping. Still kat tangan penuh jugak lagi.
![]() |
| Peta Chatucak Market |
Orang cakap shopping kat sini mahal. Better shopping kat pratunam. Emm bagi aku, lebih kurang. Disebabkan dah berjalan kat Pratunam, dah tau ape yang ade dan takde, dah tau harga, so aku agak berani la nak shopping kat Chatuchak ni di samping kau kena bargain sampai mati.
Tips: Pegi awal pagi, bila kedai baru bukak, kau jadilah first customer. Kau ni jadi macam ibu duit diorang tau. So diorang sangat appreciate first customer. Bargain lah sesuka hatimu. You will get the best price ever. I bought one leather bucket bag for RM120. Harga asal dia? RM300. kahkah.
Tips 2: Cari kedai yang makcik atau akak-akak yang bukan pakai cantik cantik, kau bargain lah sampai mati. InsyaAllah dapat. Kalau yang melawa ni, biasanya kedai dia dah well-known. So dia tak heran sangat kau ni. Ade kedai tak kisah pon kalau kau tak beli.
Tips 3: Belajar la basic Thai words. Sangat berguna. Depa ni hati lembut. Kau cakap elok-elok gelak gelak macam ayam itik pon, depa layan hampa baguih sangat. Campoq sikit bahasa Thai, kau guna je gugel translate tu, kalau kau salah sebut, dia gelakkan kau. Terus mood baik and bagi kau harga best. Ohsem kan?
Rujukan lain : https://papayapokpok.wordpress.com/2010/02/14/chatuchak-weekend-market-shop-and-eat-halal-food/
Lepas puas ronda satu market, kitorang pegi Siam Paragon, Siam Center & MBK. All this mall is in walking distance. So kau boleh je jalan-jalan cuci mata. Emm area sini banyak barang branded. Untuk harga aku tak sure sebab tade target pun nak beli barang ade nama. TAPI, barang lokal diorang kat sini menarik. Masa tengah pergi tu ade macam booth bukak kat depan mall tu, so kitorang just have a look and cuci mata je. Sebab, dah penat jalan kat Chatucak dan kebuloq.
Posing maut dengan shade baru. Kalau sini harga paling murah RM25 kan? Sebenarnya harga dia RM3.90 je. Just imagine how much they get to sell at RM3.90. Sebagai manusia yang berkecimpung dalam bidak bisnes ni, semua proses jual beli yang dilakukan aku akan buat kira-kira untung rugi dan bayangan project business yang boleh dilakukan dimasa hadapan.
Next, projek mencari Khaosan Road.
September 17, 2015
Travelogue: Bangkok (Part 2)
Sambungan dari SINI
Jarak dari hotel ke Platinum Shopping Mall dalam 1km macam tu. One of the biggest mall for girlsssss to shop till you drop. Mall ni macam Kenanga Wholesale la. The price in bulk and by pieces way too different. So kalau nak jimat, beli la dua tiga helai. Tak pun kau pandai-pandai la share dengan kawan-kawan kau.
And then dalam satu mall ni, ade 7 tingkat. Satu tingkat mewakili satu department. Most of if memang banyak baju perempuan. Tingkat 7, aksesori, Tingkat 6, barang bayi. Tingkat 5, baju lelaki, Lain semua baju perempuan. Masa kau sampai tu, ade dua mall belah kanan dan kiri. Yang sebelah kiri (yang ade starbucks), tingkat 4 & 5 ada orang jual handbag dan kasut. Kitorang masa sampai floor kasut, terus berpecah. Hilang! Sebab semua gila kasut and macam payah sangat nak jumpa kasut berkenan. Bila tetibe ade offer 1 RM25, 2 RM40. Terus pegi cari member tanya "kau nak beli kasut ni tak". haha.
Kalau diikutkan harga borong, aku rasa lebih kurang je dengan harga kat KL. Like RM25-35 macam tu. Standard la kalau kau beli baju fesyen fesyen korea tu, memang harga RM25 pon kan? Same jeeee macam dekat Kenanga. Tapi sini lagi banyak pilihan. Kalau nak cari inner, macam singlet, tube, crop top yang jenis kain jersey tu, kardigan ke, aku cadangkan BELILAH BANYAK BANYAK TERUS KAT SINI. Sehelai boleh jatuh RM5 je. Kalau tops batwing kain cotton jersey tu, RM10 je bro. Short cantik cantik, RM10. Nasib lah da pakai tudung, terhad la sikit pembelian aku. Kalau tak, aku rasa tak cukup beg. Short RM10 cantik weh. Aku beli buat tido. Kalau kat KL kompem RM45.
Baju baby newborn - 3 tahun, banyak sangat yang menarik. Aku rasa nak borong bukak kedai baby. Murah dan cantik. 3 pieces of jumper baru RM25. Material ala-ala baju disney dah. Nasib la aku tade baby. Kalau tak, mewah anak aku dengan baju cap Thailand.
Lepas tu, kat dalam mall ni, tingkat atas sekali ade post office. So kau boleh terus je pos ke Mesia. Tapi aku tak sure lah berapa kena. Aku tengok post office dia tak pernah tade orang. Maybe lagi senang kau hangkut terus masuk dalam luggage. Oh tolong hati hati dengan geng-geng cina. Depa ni la memang tade adab. Stok suka hati mak nenek depa langgar je orang dengan heret luggage sebesar alam lagi dalam tu.
Hari pertama ronda dalam ni je. Kitorang dah kebuloq dan semua dah start nak bertukar jadi Hulk sebab lapar sangat. Dalam mall ni ade je kedai makanan halal, tapi foodcourt kan pinggan mangkuk sudu bercampur je dengan yang lain. So, macam was was. Terus keluar cari food area hotel jugak. Cakap pasal makanan dekat sini, Aku boleh cakap, sangat la hampa. Sos cili kale oren yang tade rasa. Kitorang end up makan makanan Arab je kat bawah hotel. Okay la dari tade ape langsung. But, kalau nak cari food halal(makanan Arab or Indian Food), cari Baiyoke Tower. Memang area sini banyak je halal food.
Lepas dah siap-siap makan, kitorang pon balik hotel untuk bersiap pegi dinner dekat Moon Bar, Banyan Tree Bangkok. Kalau nak dinner kat sini, with three-course, please please do your reservation first. If not, you can just simply go the bar and enjoy the view. IT'S FREAKING 360 degree VIEW! And don't forget, you need to wear casual attire for them to let you in. No slippers and sandals, please.
Lepas dah siap-siap makan, kitorang pon balik hotel untuk bersiap pegi dinner dekat Moon Bar, Banyan Tree Bangkok. Kalau nak dinner kat sini, with three-course, please please do your reservation first. If not, you can just simply go the bar and enjoy the view. IT'S FREAKING 360 degree VIEW! And don't forget, you need to wear casual attire for them to let you in. No slippers and sandals, please.
| Order desserts and drinks je. |
By the way, main course dia, tade lah tanda halal, but they do serve pork. So, pepandai la either korang memang tanak makan or just order anything that don't serve pork. Kitorang tak makan pon. Pegi lepak bar je.
Agak-agak dah penuh kepuasan amek angin, kitorang pon jalan kaki merayap pegi cari tempat makan which is end up tahan teksi dan makan area hotel jugak sebab semua tempat yang kononnya halal still ade serve pork. krik krik.
End DAY 1. Next, Chatucak Market!
September 15, 2015
150915
Dulu masa zaman berangan-angan syok kawen, aku macam cakap
Cantiknya birthday tahun 2015 nanti. 150915. Umur pon cantik je 25. Kah!
Lepastu aku pon terfikir la kot la dapat wedding masa time ni, mesti best. Acacah meaningful sangat walaupun sebenarnya aku ta suka pun date ape ape sama dengan birthday aku. Nanti dapat hadiah satu je. Haha.
Tapi sekarang ni jangankan kawen, nak sebut perkataan 'kawen' pun lemau.
So my dearest future husband, you just missed once in a lifetime chances to combine my birthday and wedding anniversary altogether. Muahaha. Memang tak la aku nak bagi. Bila lagi aku nak merasa sambutan penuh kasih sayang dan paksa belikan hadiah tanpa rasa bersalah.
Tapi sesungguhnya birthday aku tahun ni lemau je. Boipren boleh lupa birthday aku! zz. Dia ingat 18hb. Lepastu dia dapat tahu pun sebab member wish dalam group. Memang selamba aku seligi dia bila jumpa lepas tu. Padahal tengah malam birthday aku tu dia datang jumpa aku. Aku dengan mamai keluar rumah ingatkan ade surprise badut sarkas nyanyi happy birthday ke. Harapaannnnn hatikuuuu~
Aku cakap dekat Ammi, tade ke kek sedap untuk birthday kakak. I tanak secret recipe.
Tiga hari kemudian, datanglah seketul kek meleleh ni. Asyuk sey. Mekasih Ammi. You are the best!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

















