April 27, 2013

New Arrivals!

ReadyStock Item at Cheesy

restless

makin lama makin busy. makin lama makin penat. makin lama, makin gelap baru kuar office. makin lama, makin lambat dinner. kekadang lunch ngan dinner campur sekali. kekadang lunch campur dinner tu bawak ke pagi  esok. tengok. emosi sebab ta dapat makan je sebenarnya. 

kerja sini, kene melawa. masalahnya, aku malas. dua, aku memang stok shirt and jeans type of girl. tiga, make up. -.- 
biasanya bertahan 2 jam pertama je. lepas tu selebet. kalau sampai malam tu memang muka masuk mode vampire.

tapi best, sebab passion kita kat sini. fabric, design, bende bende ni memang dalam future plan. eventually belajar sekali. 

tapi. GUA STRESS jugak.

ni last keje ada kaitan darah ni. lepas ni kerat  dahi pon tamoh jugak. 





April 12, 2013

motivation


anda yang mana satu?

April 9, 2013

do you dare to dream?





sebab aku ta boleh na download this video using my current laptop, kita letak sini. sambil sambil korang boleh tengok, for your own good.

this will be one of my favourite video.

thank you love.

April 8, 2013

weekend


tibe tibe, weekend semalam, orang orang kuantan yang ada kat kl, balik kampung. aku yang terkial kial bosan ni, seronok mak aih. pastu diorang ajak gi breakfast. biasalah, kalau da berjumpa, ta reti dah jumpe sekejap. dari pagi sampai ke tengah hari la dok ronggeng tengah panas kat pantai tu. 

yang kelaka bila fatin text cakap : kita bawak cake, tapi malu na bawak masuk. 

boleh?

nah. ni na tunjuk. makan pon na ade chemistry. sama sama suap mulut. onyonyonyo





ni cake yang pateng memalu na bawak masuk tu. kalau ta sedap aku paham la. masalahnya caramel cheesecake kot. rasa na terkam masa tu jugak. tapi kene la jaga tatasusila sikit. 



muka penuh anticipation tunggu cake dipotong. 


the only place to heal your wound. eh, kalau ta sakit pon, datang je lah TC ni. bahagia. yang buat malas datang sebab memalam minggu busy na mampus, jem na masuk pahtu parking tade. tu je. sekali sekali amek angin cani, syok aa jugak. 


ok. back to reality. 

Monday Blues turned to Yellow

Hiks. Seronok ni. Semalam jumpe #gengkuantan. tapi tu nanti kita update lain. Sebab arini bukak Maybank2u.com nampak blogshop sendiri dekat page diorang. Excited nok. 

well, sebenarnya Cheesy dapat offer untuk try system diorang untuk Maybank2u Pay, which is help our customer which is YOUUUUUU, senang untuk online shopping. Oh. Sistem ni untuk pengguna Maybank2u sahaja. 



So, kalau bukak website Cheesy nanti, boleh nampak Maybank2u Pay System kat dalam page tu. :) 


Bila korang na buat payment untuk Cheesy, instead of log in at Maybank2u.com, just directly go to our website, click Maybank2u Pay icon, akan ada pop up macam korang buat payment online untuk GSC tu kan, lepas tu masuk je username and password, korang akan nampak page tu direct ke transaction with our account number. Just key in your amount and send!

senang kan kan kan.

hikhik. Excited. Even gua sendiri try buat transaction nak tengok cemana flow dia.

By the way, Cheesy has been updated with new arrivals and are taking pre orders for infinity, peace, anchor and ribbon bracelet. Do visit our page for more information.

Website : http://www.cheesycloth.com
Facebook : http://www.facebook.com/cheesycloth
Instagram & Twitter : @cheesycloth





April 5, 2013

petik kata fynn jamal


" kadang2 orang tak faham gunanya tarikh di setiap entri blog atau status.
maka aku hendak terangkan.

tarikh adalah batu tanda kejadian.
tentang bila.
mengenai ketika yang khas itu.
terjadi di spesifiknya waktu.

begitu tidak adil dan kejam andai sesuatu yang ditulis pada suatu tarikh digunapakai di tarikh yang lain. boleh jatuh fitnah. boleh porak-peranda. boleh membakar amarah.

anita dua tahun lepas menulis tentang bahagianya dia berdangdut dengan musa.
semalam--
dia menulis tentang syurga itu terlalu cantik warnanya.
kenapa dipersoal siapa anita yang dulu?
kenapa tidak dinampak semenjak ramadhan tadi dia begitu gigih mencari diri yang baru?

azri tujuh tahun lepas menulis dengan maki tentang bencinya pada perempuan dan betapa takkan mungkin dia menghormati wanita lalu menikahinya. 
tadi--
dia bercerita tentang gigi pertama anaknya yang sudah mahu rompong kerana gula2.
kenapa dipertanya siapa azri yang dulu?
kenapa tidak dipandang bagaimana dimuliakan isterinya ke tahap pelangi di langit biru?

cepat.
atau lambat.
itu sahaja.

perubahan kita manusia--
ada.
cuma cepat--
atau lambat.

kita semua bukan kita 5 tahun dulu.
kita semua bukan kita 3 bulan lalu.
kita semua bukan kita 4 saat tadi.
kerana kita manusia--
dan kita percaya pada memperbetul diri.

jangan hukumkan seseorang hari ini demi tulisannya sebelas ribu tahun yang lalu. 
bagaimana bernanah dia, sekurangnya dia sedang bertatih kini.
bagaimana pujuk dia agar diterima tuhan, itu antara dia dengan rabbi.

janganlah pula tudingkan seseorang hari ini demi dirinya atas apa yang kau tafsir pada mata kamu.
bagaimana berulat dia, sekurangnya dibangkit semula esok pagi.
bagaimana busuk dia, mungkin dia yang mendapat sempat berbanding kita sendiri.

sibuk2 busuk orang,
mulut sendiri lupa diperiksa.
sibuk2 ketiak orang,
badan sendiri lupa dijaga.

kita semua pendosa.
mungkin masanya berbeza2.
mungkin dosanya tidak pun sama.
tetap--
tak ada kalangan kita yang sempurna.

syurga itu terlalu luas untuk kau lokekkan.
apa seronok merasa nikmat tanpa ada siapa2 untuk kau kongsikan?
apa bahagia menggomol keindahan tanpa ada siapa2 untuk kau sama2kan?

berhentilah menjadi tuhan.
kalau tak mau dibantu tatihnya--
jangan dipengkes kaki mereka.

biarkan. 

kenangkan--
andai rasulullah memandang masa lalu--
tak mungkin umar menjadi al khattab.

umar.
yang ketika kafirnya menanam hidup2 anak perempuannya.
yang suatu masa dahulunya bersekongkol ketat dgn abu jahal yang gila.

umar.

*hela nafas*
haih...

aku adalah antara yang tidak percaya pada memadam entri2 lalu.
aku dengan waras mau membiarkannya terjelas.
bagi aku--
masa lepas layaknya dibiar di masa lepas.

aku perlu biarkan demi suatu masa dibaca setiapnya satu persatu.
agar aku SENDIRI melihat betapa jauh perjalanan aku mencari tuhannya.
sehari seinci--
jadilah, dari tak ada.

mana tau,
satu hari nanti,
ada yang berkata:
"kalau perempuan seburuk INI mampu kembali pada tuhannya--
apa lagi aku".

aku percaya,
cahaya tetap sudi menjamah aku. "