February 28, 2014

Panorama Hill, Sg lembing.

Alkisahnya, aku da bosan kat Kuantan ni tade aktiviti. Asyik keluar masuk ECM tu sampai tatau nak buat apa. Habis semua movie da tengok. Sampai la ada orang dok hentam cakap aku tak larat panjat bukit. Setakat bukit pelindung tu, tak cukup extreme katanya.

Dah lama sebenarnya tergila gila kan view Panorama Hill bila Google image dia. Tapi, terpaksa ku pendamkan hasrat kerana sesekor bukan kaki memanjat.

First time pergi, aci redah. Tak tahu jalan. Sesat. Suppose took us around 40  minutes, top. But we reached kaki bukit around 8. Almost one hour and half. Siap jumpa muzium dan jambatan gantung yang femes tu.

Masa start nak panjat tu, aku tengok tangga, aku dah sentap. Tingginya woi. Macam ta sampai je.

Baru sepuluh minit naik, aku dah diam. Mengah. Orang sebelah da sengih. Masuk minit ke lima belas, aku dah berhenti. Masa tu dalam hati da kutuk diri sendiri.

Nak dekat sejam kot baru sampai peak. Tu pun dah kena tarik, kena tolak. Peluh menjejes tayah cakap. Feeling dia sama macam mula mula naik Broga dulu. Rasa nak tumbang, nak muntah, semua ada. Tiap kali selisih dengan dengan orang yang turun, semua cakap, "dah nak sampai dah". Penipu je semua tuuuuuuuuu.

Tapi, bila da sampai, memang aku melompat tak kira siapa. I've made it kot! For god sake. Naik tangga lagi mencabar dari hiking ikut denai cam tu. Ketor rasa lemak lemak peha.

Puas hati bila sampai. Serius.

Cita cita nak kejar matahari pulak nanti. Kena datang awal. Pukul 7 kena ada kat atas dah. Masa tu matahari da start nak naik. Aku yang dekat kaki bukit ni pun da menjerit tengok betapa cantiknya matahari naik, kalau dah sampai atas masa tu, tatau ah cemana tahap kagum.

Haa. Ada satu tempat dekat jambatan nak pergi Sg Jin tu, ada kedai makan. Pi makan mee jawa dia. Terboikkkkkkkk.

February 19, 2014

Makin tua.

Kawan aku pernah cakap

"kau dah 25 nanti kau tahu la feeling bila semua orang tanya kau bila-nak-kahwin kind of questions"

Dan,

At this age, I have to admit it,

Semak sampai rasa tanak keluar rumah jumpa orang pun!

Just because all your friends getting married this year.

Dan,

Bila kau umur 25, kau single pun masalah. Kau ada bf tapi tanak kawen lagi pun masalah. Sebab semorang menggeletis nak kau kawen. Zzz.